Laporan perjumpaan minggu ke-4
Dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan untuk minggu ke-4,
kami kumpulan 360 yang terdiri daripada 6 kuntum bunga dan seekor kumbang (maaf
ye tuan pengarah) telah mengadakan sebuah perjumpaan bagi merangka organisasi
dan program yang akan kami laksanakan pada minggu berikutnya.
Dalam perjumpaan tersebut, kami telah memutuskan untuk
mengadakan sebuah projek yang diberi nama READER IS LEADER. Dalam usaha untuk
merialisasikan program tersebut, gerak kerja telah pun disusun mengikut minggu.
Objektif terbaru bagi program ini ialah:
- melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi selaras dengan pembangunan teknologi terkini
- memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat secara menyeluruh
- memudahkan usaha untuk memperoleh sumber bacaan
Dalam usaha untuk merialisasikan objektif program, kami
telah merangka beberapa aktiviti yang bersesuaian.
- melancarkan kempen Let's Share the Knowledge dalam golongan pelajar UKM serta masyarakat umum. Kempen akan dilakukan melalui media massa.
- menyediakan sebuah tempat pengumpulan buku-buku hasi sumbangan masyarakat.
- membaikpulih buku-buku yang dalam keadaan kurang baik.
- mengagihkan buku-buku kepada golongan yang tidak berkemampuan
Tempat yang menjadi tumpuan kami bagi menjayakan program ini
ialah Kolej Tun Syed Nasir dan Tasik Titiwangsa.
Kumpalan telah membincangkan tarikh
perancangan aktiviti secara lebih terperinci dan akan berusaha secepat mungkin
untuk menjayakan aktiviti tersebut.
Untuk menjayakan program, ini ialah antara gerak kerja yang
telah dan akan kami lakukan.
Pembentukan organisasi dan perancangan program - 2/3/2015
Pembentangan perancangan aktiviti dan penambahbaikkan
(online) - 12/3/2015
Berurusan dengan beberapa pihak yang berpengalaman (minggu
ke-4)
Melancarkan kempen Let's Share The Knowledge (minggu ke-6)
Menulis surat kepada
pihak berkenaan (minggu ke-7)
Pengumpulan buku-buku terpakai dan membaikpulih (minggu
ke-8)
Pengagihan buku-buku kepada golongan yang tidak berkemampuan
(minggu ke-9)
Semoga segala perancangan yang kami bincangkan akan
terlaksana..
. GO TEAM!!
khusyuk berbincang ^_^
penetapan tarikh aktiviti dapat ditetapkan
No comments:
Post a Comment